Pregnancy Info Pregnancy Journey

Apa Di Dalam?? ;p

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. 😉

Apa Di Dalam?? ;p by herneesamshudin
Apa Di Dalam?? ;p, a photo by herneesamshudin on Flickr.

Tak surprise pun hehehe.

Sebenarnya yang kat dalam kotak tu Set Bersalin Nona Roguy dan barang tambahan untuk pantang nanti. Semuanya saya beli online dari Kak Engku Bidan Bersalin. Lepas dapat nasihat dari kawan2 yang terer bab2 jamu ni, saya pun decide nak mencuba set bersalin Nona Roguy. Sebelum tu selain dari cerita kawan2 saya ada juga surf info testimonial pasal set NR ni. Bukan main terjah je, sebab lain orang lain effect kat badan masing2kan. Lagi pun saya bukannya kaki jamu. Kena la banyak bertanya.

Masa awal2 plan nak beli saya dapatkan juga khidmat nasihat En. Nazir (sebenarnya dia pun tak tahu pasal2 jamu2 ;)). Tak pe la kan tu kira tolak tepi yang penting sokongan dari dia tu untuk saya berpantang nanti.

Ok, nak share apa yang ada dalam Set Bersalin NR ni, saja nak share kot2 ada yang sedang merancang nak beli set bersalin boleh la try jengah blog Kak Engku, banyak produk lain juga ada dijual. (p/s: tak ada niat pun nak menunjuk2 ya). Set ni berharga RM290. Kandungan set NR:

1) Phytonatal (90 tablets)
2) Akar Herbanika (10 paket)
3) Herbanika Barut Krim (60gm)
4) Uncang Cuci Herbanika (10 Paket)
5) Herbanika Lulur (100gm)
6) Minyak Herbanika (100ml)

**Additional order..

– Minyak Berubat Mustajab NR (130ml) untuk kegunaan bayi.
– Rempah Mandi (Jamu Mak Dara)
– Losyen Mustajab Pati Halia & Limau (Dunia Herbs)
– D’Folia Coffee (Sendayu Tinggi)
– Virgin Wash (Sendayu Tinggi)
– Pati Ammy 60days (Sendayu Tinggi)

Set NR & additional order semua tu atas nasihat Pakar Penasihat aka Ratu Jamu, Puan Cdot dan dibantu oleh Puan Suryati aka Mummy Dasy yang sekarang pun dah berjinak2 dengan dunia jamu 🙂 Thanks beb!

Masa duk membelek2 jamu2 ni dengan En. Nazir, dia bagi warning kat saya, ”Dah beli ni jangan tak nak makan pulak.. Abang cabar ni”. Saya pun senyum je sambil balas ”Saya menyahut cabaran awak En. Nazir!”. Dia bagi warning macam tu sebab dia tahu wife dia ni penakut makan ubat2 hehe. Insya’Allah untuk pantang ni saya berusaha makan jamu2 ni semua untuk kesihatan saya sekarang dan di masa hadapan. Chaiyok2 Hernee 😉

Ok, sesiapa yang nak cari info kehamilan, bersalin, berpantang atau masalah bayi ataupun nak beli jamu2 dan makanan kesihatan bolehlah jengah2 blog berinformasi BLOG KAK ENGKU BIDAN BERSALIN. Thanks Kak Engku sebab sudi melayan kerenah pelanggan macam saya ni ya. Semoga bisnes Kak Engku bertambah maju. Amin 🙂

2 thoughts on “Apa Di Dalam?? ;p”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *