Kelab Susu Ibu Johor, My Breastfeeding Journey, Pregnancy Program, Support Group Meeting (SGM) Johor

SGM Johor III

_DSC0269

Cerita p enuh pasal SGM Johor III.

Alhamduli llah, saya dapat menghasut dengan jayanya En. Nazir untuk join sekali 🙂 Kebetulan memang terkena hari cuti dia. Selalunya kalau ada program2 macam ni bukannya dia tak nak join, tapi dia kerja. Jadi saya kena la faham juga situasi dia walaupun kadang2 rasa kuciwa juga kalau dia tak dapat join 😉

Memang seronok gila rasa dapat join ramai2 dengan ibu2 yang berpen galaman, tambahan pula Peer Counselor yang tak kedekut ilmu. Saya rasa sangat bertuah diberi peluang ke sana.

Rasanya tak ramai kot Mommy To Be termasuk saya yang hadir. Jadinya, sah2 la saya yang masih kurang ilmu dalam breastfeeding ni. Ada peluang bertanya saya tanya je, mula2 macam segan2 gitu (sejak bila saya jadi penyegan ek.. ngeh2) Tapi bila tengok diorang semua ok, hilang dah rasa tu semua.

Saya ada salin la nota2 penting masa perbincangan tu. Tapi takut pulak tersalah info yang saya share, jadi saya minta kebenaran Puan Ida untuk copy & paste info dari blog dia ke blog saya ni untuk dikongsi bersama.

Credit info : http://idakamilia.com

(Puan Ida Kamilia – Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Selatan)

Travelling: How To handle EBM While Travel

Sedia maklum, SGM kali ini adalah bertajuk:-

1. Travelling : How to handle while travel
2. Challenges in Breastfeeding toddler

Seperti yang saya janjikan, saya cuba untuk berkongsi input-input yang telah sama-sama kita bincangkan dalam SGM.

PERALATAN

An tara peralatan yang perlu di bawa oleh ibu adalah seperti:-

S et pengepaman

Ice pack

Cooler bag atau kotak (box)

TEMPAT YANG HENDAK DITUJU

Ibu hendaklah memastikan tempat yang hendak dituju mempunyai peti ais  untuk menyimpan susu perahan. Terutama sekali jika ibu terpaksa bermalam. Contohnya, jika ibu terpaksa menghadiri kursus, seminar dan lain-lain lagi.

Namun begitu, jika anda menginap di hotel, anda boleh bertanyakan kepada pihak pengurusan jika menyediakan kemudahan peti ais. Jika tidak, anda bolehlah bertanyakan kepada pihak pengurusan untuk perbincangan dimana anda boleh menyimpan susu tersebut.

JARAK PERJALANAN

Ada seorang mummy yang bertanyakan jika jarak perjalanan mengambil tempoh  selama 10 jam. Antara cadangan yang diberikan oleh peserta adalah:-

  • Label dan kemaskan botol atau platik perahan susu ibu. Selain itu, botol atau plastik juga boleh dibungkus dengan suratkhabar untuk  memastikan suhu sejuk bertahan lama.
  • Kemudian, letakkan di dalam cooler bag atau box .
  • Gunakan ice pack. Jika tidak mencukupi, curahkan kiub ais yang boleh dibeli di kedai runcit atau di 7eleven di dalam cooler box tersebut. Letakkan garam untuk mengurangkan ais daripada mencair dengan cepat.
  • Tutup dan ibu dinasihatkan tidak membuka cooler bag terlalu kerap. Letakkan di belakang tempat pemandu dan bukan di dalam bonet.

Perkara-perkara di atas juga boleh dibuat jika blackout berlaku dirumah.

 

 

Gambar2 sepanjang program. Thanks En. Nazir tolong snap2 kan 🙂

 

_DSC0270

Perbincangan bermula..

 

_DSC0291

Khusyuk menyalin nota..  Dalam buku tu semua ada, pasal pregnancy, breastfeeding, list barang2 baby, list2 jamu.. ALL IN ONE 🙂

 

_DSC0288

Lebar pulak senyumnya..

 

_DSC0297

Makan time.. yeeehuuuu.. 🙂 Kelabu biji mata sebab tengok makanan banyak benor. Rasa nak ngap semua hehehe. Sampai terlupa diet diabetes.. ooopssss! Tuan blog bawa bekal karipap dan kuih seri muka jek.

 

_DSC0301

_DSC0304

Kenangan bergambar beramai2..

 

_DSC0307

Last but not least.. kenangan bersama PENGUAT SEMANGAT SAYA UNTUK BREASTFEEDING 🙂

 

Untuk semua kawan2 baru yang join SGM III ni, thanks for your support. Saya sangat2 happy dapat berkenalan dengan semua. Semoga ukhwah yang terjalin ni berkekalan hendaknya. Doakan saya dapat BF baby saya nanti ye. Semua nasihat dan info2 penting saya akan save kat memori ni. Harap2 next time dapat jumpa lagi.

Next SGM 16 Julai 2011.. saya tengah sarat masa tu, kalau belum bersalin dan larat nak juga join rasanya. Insya’ Allah 🙂

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

6 thoughts on “SGM Johor III

  1. Salwa kalau g blk kpg ke jln jauh ke, mesti box coolmen tue bawak.. Skali ngan chiller tue.. Mmg membentu.. Box coolmen 3size tue pun ade gak kat umah.. Yg beso tue standby incase blackout.. Dulu xde df lg mmg kena standby bekas beso..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *