160511.. Tiga Posen Sudahhhhh ;p

Random

[kek buat syarat.. tak boleh besar2 bahaya untuk kesihatan ibu mengandung yang ada suwittttttt pee ;)]

30 tahun.. Alhamdulillah.. 🙂

Terima kasih Allah, kerana meminjamkan nafas ini yang berfungsi selama 30 tahun tanpa gagal.. Meminjamkan nikmat2 kehidupan yang indah.. Meminjamkan nikmat dan anugerah penyambung kasih dalam rahim ini.. Semoga dipanjangkan lagi nafas ini untuk bertemu dengannya dan membesarkannya mengikut landasanmu Ya Allah.. Inilah hadiah harijadi ke 30 yang tak ternilai.. Maafkan hambaMu ini Ya Allah andai sering terlalai dari mengingatiMu..

Terima kasih mak dan ayah yang melahirkan dan membesarkan diri ini.. Memberikan didikan dan tunjuk ajar tanpa henti.. Tanpa mak dan ayah, tidak saya di sini.. Tak mungkin saya kenal erti kehidupan ini..Semoga Allah mengampunkan dosa2 mak dan ayah.. Semoga roh mak dicucuri rahmat.. Amin.. Maafkan saya andai belum pernah menjadi anak yang sempurna..

Terima kasih untuk suami tersayang Mohd Nazir Mahat yang masih setia menerima saya seadanya.. Semoga jodoh kita berpanjangan hingga ke akhir hayat dan semoga zuriat yang bakal lahir ini, akan menjadi tali pengikat hubungan kita dan pewaris agama insya’Allah.. Maafkan saya andai belum pernah menjadi isteri yang sempurna..

Terima kasih untuk adik2..keluarga dan sahabat handai yang tak putus2 memberi sokongan dan ucapan setiap tahun. Semoga kita semua dirahmati olehNya.. Insya’Allah.. Maafkan saya andai belum pernah menjadi kakak, saudara dan sahabat yang sempurna..

Doa saya yang tak pernah hentinya..Semoga dengan bertambahnya usia ni, akan lebih mematangkan lagi fikiran saya.. Semoga Allah mengampunkan dosa2 saya, kedua ibu bapa, suami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya.. Mempermudahkan saya untuk melahirkan zuriat ini.. Melimpah ruahkan rezeki keluarga saya.. Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk menempuh alam yang baru dan memikul tanggungjawab baru kelak.. Amin Ya Allah..

Tak dilupakan..

*** Selamat Hari Guru.. Untuk guru2 yang banyak berjasa kepada saya.. Guru2 di SK Tanjung Kupang, SMK Tanjung Adang, SMK Sultan Ismail dan pensyarah2 UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka.. Tanpa kalian siapalah saya.. Hanya Allah yang akan membalas jasa dan pengorbanan cikgu2***

Selamat Hari Lahir untuk saya dan Selamat Hari Guru untuk semua guru2 di Malaysia 🙂

Related Posts

4 thoughts on “160511.. Tiga Posen Sudahhhhh ;p

  1. wahhhh!! kek mmg tahap dewa!! confirm secret recipe kan? la ni kalu kencing manis x naik x tau lah ambe.. btw mkn sorg jer kar? kedek!!!!! 😛

    happy birthday hernee and happy to birth ilham soon!! 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!