Colleagues, Makan², Practical Student

Buah Mangga Harumanis :)

Pestaim.. makan buah mangga harumanis ni. Buah mangga ni datang dari jauh, dari Perlis. Bau sebiji macam bau buah kuini. Mula2 macam jakun juga la kan hehehe. Nama pun dah macam pontianak harum sundal malam 🙂

Yang tukang bawa ke office ni budak2 baru yang praktikal kat department saya ni. Baru je start hari Isnin. Ada tiga orang dara pingitan dua dari Perlis, sorang lagi dari Terengganu. Dorang ni dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Praktikal kat sini 3 bulan semuanya ambil course yang sama Nautical Studies. Marilah kita membuli mereka hahaha.

 

Ni si Fatin yang tukang kupas dibantu oleh Azira. Yang kakak2 duduk tepi je menyibuk je lebih memenuhkan pantry termasuk sorang Pakcik yang menempel (tukang ambil gambar)

Yang duduk tak habis2 dengan peace dia tu tak payah dikenalkan lagi, Cik Ita yang memang seopis dengan saya. Belakang Ita tu opkoslah tuan blog kan hehe. Ok, belakang saya pulak, dari kiri Shuhada, yang tengah2 Fatin dan yang hujung tu Azira.

 

 

Inilah buah mangga harumanis yang dah siap dikupas. Ohhhh sedap, manis lagi apa.. harum haaa tu la yang boleh saya cakap. Makan punya makan sampai terlupa hari ni ada BSP daaa. Pengsan kalau tetiba bacaan pukul 5.30pm ni kang mencanak2. Amit2 🙂

Rupanya buah ni memang top kat Perlis dan bermusim pulak tu. Harga sekilo dalam RM15 dan ada gred2nya. Itu yang Fatin bagitau la. Saya tahu ngap je tadi ngeee~ Untuk budak bertiga ni, thanks lah ye bagi akak merasa buah mangga harumanis ni buat pertama kalinya. Next time balik Perlis boleh kirim 😉

Hernee Nazir – Aeh.. kenapa rasa muka bertambah manis ni?? Adakah kerana terlebih makan buah mangga harumanis??? 😉

Share this nice post:
Tagged

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

6 thoughts on “Buah Mangga Harumanis :)

  1. kak.. sedapnya..

    tp ari tue masuk brita kan.. ader org jual buah pelam biasa.. tp kata buah harummanis nie.. huhuhu nak niaga pun main tipu2 kan.. mungkin org2 belah sana pndai pilih,, kalau kiter org johor datang sana, mmg main beli jek.. ntah btul ke x harummanis.. asal rasa manis jek btul ar tue.. hehe padahal..

    1. salwa>>ha’ah sdap wa..mmg manis..sib baik x effect kt bsp akk..hahaha..yg ni btul2 ori sbb mmg dr perlis..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *