Anything About Me, Dari Dapur Hernee Nazir, Masak-Masak, My Hero Beso, Weekend

Menu Yang Sempat ‘The Mask’ Masak :)

Ingat tak entry 3 hari lepas.. “The Mask Turun Dapur”?? Haaa.. inilah yang sempat Doktor Dapur masak dengan gigihnya hari Sabtu. Simple jek pun tak pe kata En. Nazir, fuhhh lega hati den 🙂 Tapi yang sebenarnya dia request nak makan Siakap Stim. Pergi kedai tak ada pulak jual ikan siakap hari tu. Redha je la makan apa yang ada.

Mata saya masa tu tertancap pada ketam2 yang bergelimpangan tu. Terus cakap kat En. Nazir, kita masak ketam masak lemak cili padi je la. Dia pun ok je. Siap suruh pekerja kedai tu bersihkan ketam tu sekali. Lepas tu terfikir pulak sayur apa, sawi keriting goreng je la. Ok, cun dah tu. Barang2 lain kena beli juga sebabnya stok kat rumah termasuklah beras semua dah expired hehehe. Bagus punya tuan rumah kan. Gambar adalah hasil tembakan En. Nazir, saya dah tak larat nak dukung kamera dia. Dan inilah hasil masakan Sabtu.. taraaaaaaaaaaaaaaaa.. 😉

 

Lauk yang kat atas ni memang dah selalu buat dah. Ikan kering tu penyedap rasa untuk digabungkan dengan lauk yang saya idam2kan kat bawah tu. Pernah makan sambal terung asam? Haaa tu lah dia sambal terung asam. Beriya mintak buah terung asam ni dengan sepupu saya Rina. Nasib baik pokok kat tepi rumah dia ada yang dah masak. Kalau tak terpaksa postpone la niat nak makan sambal terung asam. Thanks Na 🙂

 

Nak tau macamana sambal terung asam Hernee Nazir Style?? Pergi ambil buku dan pen.. salin ni hehehe. (ober ko Hernee).

Bahan2 yang perlu ada:

Buah terung asam (ikut suka nak buat banyak mana.. buang kulit)

Belacan (bakar baru ada ummphhhhhhhhhhhh..)

Cili padi (ikut suka nak pedas tahap mana..nak tahap dewa2 letak la 1/2 kg cili padi.. confirm terbang naik ke langit 😉

Gula (2 sudu.. untuk yang ada “sweet pee” tak mo manis2 sangat..danger)

***Cara2nya ye puan.. Mula2 kita bako je.. 😉 kita bako je belacan tu hehehe. Lepas tu tumbuk la cili padi tadi dengan belacan sampai lumat. Bila dah lumat, masukkan buah terung asam dan tumbuk sehingga sebati. Last sekali, masukkan gula secukup rasa. Dah siap untuk dimakan. Lega dapat gaul dengan nasi panas2. Nasib baik mak mertua i tak lalu belakang tau. Kalau tak confirm tak perasan hehehe. (kuang asam punya menantu)

Jadi tu la menu lunch kami hari tu. Simple kan. Simple la tu main campak2 je. Janji sedap di makan dan mengenyangkan. Next day masak juga, semangat waja katanya dan hasilnya ikan kembung goreng dan kerang sambal. Alhamdulillah, dapat juga En. Nazir merasa air tangan saya. Dia kata “masih power lagi air tangan Puan Hernee”. Chuppppp!!! kembang kuncup hidung Puan Hernee dengar wakaka. Itu yang kita nak dengar tu hahaha. Saya memang tak terer masak, cukup le dapat pujian dari En. Nazir ni bertambah diameter hidung 😉 Sekian.

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *