Pisang Kaki??? Apa Tu???

..setelah menyepikan diri berhari2 dari dunia blogging, tetiba saya muncul dengan tajuk “PISANG KAKI”

Tadi tiba2 Nazam  tanya..
Weh.. korang makan pisang kaki???

Maka dengan ternganga lagi melopong saya jawab..

Dah nak masuk 30 tahun aku hidup.. tak pernah dengar nama pisang ni..

Sekali Ita pun kata pisang kaki wujud. Saya pun teruslah menggoogle dengan pantasnya. Oh macam ni rupanya buah pisang kaki.

[credit pic to encik google]

Sumber: Wikipedia

Pisang kaki ialah sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus Diospyros dalam famili kayu hitam (Ebenaceae). Perkataan Diospyros dalam bahasa Yunani Kuno bererti “buah dewa”[1]. Umumnya, buah pisang kaki adalah ringan, berwarna jingga kekuninganjingga kemerahan, dan berdiamter 1.5 hingga 9 cm (0.5 hingga 4 in), dan berbentuk sfera, buah oak, atau labu.[2] Lazimnya, buah yang dipetik mengekalkan sepalnya, tetapi menjadi lebih mudah ditanggalkan setelah cukup masak. Buahnya kaya dengan glukosa, dengan profil protein yang seimbang, serta memiliki pelbagai kegunaan perubatan dan kimia. Walaupun pisang kaki tidak dianggap sebagai “beri biasa”, namun ia sebenarnya merupakan sejenis “beri sebenar”. atau
Nama “pisang kaki” berasal dari perkataan kaki (?) dalam bahasa Jepun.

Sekejapan lepas tu, Nazam pun keluarkanlah ‘pisang kaki’ dia. Dia offer saya sebiji untuk merasa. Saya sangat teruja okeh 🙂 Kulit dia memang keoren2an. Haaa.. hambik ko bahasa apa tu ;p

Cepat2 bawa pergi pantry sebab diorang kata kena kupas kulitnya sebelum dimakan.

Saya pun membelah dua bahagian dan dan mengupas kulit pisang kaki ni.

Auuwwwwmmm.. sedap uollssssssss.. nasib baik saya tak menjilat jari2 kaki masa makan pisang kaki ni. Rasa ada iras2 ciku, tapi pisang kaki lebih sedap sebab dia rangup. Diorang kata ada jual kat pasar malam, nanti nak carilah.
Ni biji pisang kaki yang saya ambil. Nak baling kat tanah depan rumah mak. Mana tahu tumbuh 2 batang pokok pisang kaki depan rumah. Boleh makan tak payah beli hahahaha. Cita2 tinggi, entah hidup ke tidak la tu.
Pisang kaki memang best!! Membuatkan saya rasa nak lagiiiiiii.. nak lagiiiiiiiiiiii.. hehehe~ (En. Nazir sila take note ya :p)

©Hernee Nazir – Ohhhh heaven nya esok duduk rumah bersenang lenang.. nyaman 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *