Dummmmm!!! Ingatkan Bunyi Mercun.. Rupanya Ada Kereta Eksiden..

Posted on

Pagi Ahad yang hening, sedang saya asyik masyuk menonton tv seorang diri tiba2 saya dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat.

Dummmmmm!!!!! (contoh bunyinya ;p)

“ooopocot!! terkejut gegirl”

Secara automatik saya terbangun dari sofa. Bila saya menjengah keluar tingkap saya dapati ada seorang lelaki Cina keluar dari Proton Wira Aeroback silver. Saya terus mencapai kamera dengan lagak seperti mamarazzi tapi dalam hati berkata “mati aku kalau cina dengan india ni nampak.. apa kepoh benor penduduk kat blok ni” ;pSila rujuk gambar di bawah :)

Inilah kereta yang saya maksudkan.. itu si tuan kereta..

Rupa2nya, ada dua buah kereta yang terlibat dengan eksiden di depan blok rumah saya tu. Sebuah lagi kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu oleh lelaki India. Dua2 buah kereta masing2 bawa family. Eksiden ni pulak disaksikan oleh si Melayu. Kira eksiden 1 Malaysia la ni hehehehe~

Apa yang saya nampak, masa kereta silver ni nak keluar dari parking, tiba2 kereta India tu terus je melanggar punggung kereta silver. Kereta ada punggungkah??? :)

Seakan2 seperti mereka sedang mengkawtim nak settle tepi ke nak pergi report di balai polis hehehe. Akhirnya saya nampak mereka2 pergi dari kawasan kejadian. Samaada nak ke balai polis atau ke bengkel kereta sebab kereta silver tu punggungnya sudah terkehel nampaknya.

Tamatlah cerita saya menskodeng kereta eksiden depan rumah :) terus sambung tengok tv.

©Hernee Nazir – Ada ciri2 jadi reporter tak??? hehehe~

Share this nice post:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>