Layan Novel Lagi.. Lafazkan Kalimah Cintamu – Siti Rosmizah

Hobbies Novel

Semalam sempat pujuk En. Nazir menyinggah ke Popular, BP Mall nak cari2 novel. Dia ke hulu dan saya ke hilir. Dia cari majalah kegemaran dia agaknya tapi tak nampak pun dia beli apa hehehe. Orang yang sangat ramai, jadi saya terus je menyelit ke bahagian novel. Malas nak jengah tempat lain nanti melarat semua pun nak beli.

Belek2 dan telek2, akhirnya saya capai 3 buah novel. Dua novel karya Aisyah Sofea dan satu lagi novel karya Siti Rosmizah. Belek2 lagi nak beli semua rasa macam.. ahhh nantilah takut budget raya tersasar. Last2 saya ambil Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah je. Dah terpikat dengan cara penulisan dia sejak baca novel Andai Itu Takdirnya.

Harga: RM26.90

Jom baca Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu – Siti Rosmizah

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

(Sumber: Beli Buku Online)

Malam tadi dah start layan sikit. Lepas ni baca sikit lepas tu bercerita pulak dengan En. Nazir sebab dia tak minat nak baca jadi bila saya dah baca dia suruh saya cerita pulak pada dia hehehe. Macam biasa saya akan bercerita dengan penuh gaya sampai En. Nazir faham jalan ceritanya hehe.
Satu je yang dia komplen dengan illustrasi kulit novel ni, dia kata kenapa gambar petir hehehe. Macam tak sesuai je. Aeh awak ni dah la tak suka baca novel, pandai2 pula komen ya hehehe.

©Hernee Nazir – Kalau saya tak online malam2 faham2 je la ya, saya tengah khusyuk layan novel maknanya tu hehehe..

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!