Ramadhan Ke 18 – Berbuka Ala Kadar

Posted on
Oleh kerana kurang nafsu nak makan, berbuka pulak sorang diri dan yang paling penting malas nak keluar rumah untuk ke kedai, saya hanya memasak setengah periuk bubur dan ikan bilis tumbuk letak lada merah dan bawang. Kalau nak masak beria sangat pun sure makannya sikit, En. Nazir balik sah2 dah kenyang. 
Agak syahdu juga la rasanya semalam. Terus terngiang2 lagu raya Siti Nurhaliza..

“..sayuuuuu.. hati ini makin sayuuuu”
Ahhh poyo je, sila abaikan kepoyoan saya tu. Masa nak berbuka ni terfikir pulak. Ye la, kita tiap2 hari berbuka sedap2 cuba bayangkan orang2 kat Palestin tu entah2 puasa tak buka2. Jadi saya dengan redhanya makan je la apa yang ada. Dalam hati berkata “nasib ko la malas sangat nak pergi kedai”.

Bubur putih bubur merah

Ikan bilis, bawang besar dan lada merah yang ditumbuk + garam sikit..

..nak tambah sedap, gaulkan sekali dengan kicap Cap Kipas Udang (minah kicap mana boleh hidup tanpa kicap di sisi..)

Main telan2 je. Nak kunyah lebih2 kang berlinang air mata bila terlanggar lidah huhu dugaan. Air pun minum air masak je tak ada sirap selasih, anggur cap double lion mahu pun oren sun quick yang menemani.

Big apple donut yang dikirim dengan En. Kamarul masih ada lagi. Semalam makan satu, hari ni makan suku. tak larat nak mengunyah. En. Nazir tak makan langsung sebab dia kata hari tu dia makan Alien tu dia pening kepala. Tak apalah tak kisah biar saya bedal semua. Rasanya kalau tak kena ulser dah selamat dah donut ni semua hehehe.

Alhamdulillah kenyang walaupun ala kadar. Lepas balik kerja En.Nazir keluar jumpa En. Kamarul dan belikan saya GCB. Pukul 1 lebih kami bersahur (mengunyah dengan mulut herot berot).

Ok lah, nak masak ayam berempah ni. Kalau tak kang repeat menu semalam pulak hehehe.


©Hernee Nazir – Rasa macam kurang masak pulak dah nak hujung2 puasa ni.. ohhh tidak..usaha memasak mesti diteruskan.. chaiyok2 Hernee.. :)

Share this nice post:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>