Berbuka Puasa Di Kampung Halaman En. Nazir

Anything About Me Family MIL My Hero Beso Ramadhan Al-Mubarak Santapan Ramadhan Senggarang Weekend

Semalam petang kami bergegas balik ke Batu Pahat. Dah janji dengan MIL nak berbuka kat sana. En. Nazir balik kerja, sempat rehat2 sekejap then petang balik sana. Seperti biasa 1/2 jam pertama saya sangat aktif dalam kereta, berbual melayan En. Nazir supaya dia tak boring. Masuk 1/2 jam kedua, sila ucapkan selamat malam untuk En. Nazir. Tahu2 dah sampai depan rumah hehehe.

Masa ni dah settle tolong MIL masak2. Kak Iza pun dah sampai, jadi kami berborak2 je la sementara tunggu Kak Andak and family sampai. Tunggu punya tunggu tak sampai2 juga, kami pun pergi Bazar Ramadhan dengan Wahida.

Tak banyak pun yang kami beli sebab dah masak kat rumah dan Kak Andak pun datang bawa makanan. Sila abaikan dua jari yang menunjukkan simbol keamanan tu ya ;p

Menunggu Kak Andak yang tak kunjung tiba. Sempat tengok Wahida layan Hagemaru hehehe.

Juadah berbuka puasa kami semalam.

Akhirnya sampai juga Kak Andak disaat2 akhir nak berbuka. Kak Andak bawa nasi impit, ayam masak merah, lodeh, sambal kacang dan yang paling saya suka sambal goreng jawa tu. Sebenarnya hari semalam hari family Kak Andak ngunjung. Ngunjung tu adat orang Jawa. Suami Kak Andak, Abang Man ni orang Jawa. Kalau adat mengunjung tu, dorang awal2 akan prepare ketupat atau nasi impit siap2 lauk semua dan hantar rumah ke rumah jiran tetangga atau saudara mara. Kalau macam MIL pula sama cara dengan arwah mak kitorang hantar2 ketupat tu masa pagi Hari Raya. Betul ke tak penerangan saya tu ek hehehe. Kiranya dua2 hari Sabtu dan Ahad saya dan En. Nazir makan nasi impit hehehe.
Lepas berbuka buatlah apa yang patut dan sempat berborak dengan family. Dalam pukul 9 kami bertolak balik ke Gelang Patah. Masa tu mata jangan cakaplah memang gila punya mengantuk hehehe. Kami sempat singgah di Benut. Cerita tu next entry ya.



©Hernee Nazir –Sakit perut.. tolongggggggggggg..

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!