Kadang2 Allah Uji Kita Dengan Kekayaan..

From The Bottom Of My Heart Kadang2 Allah Uji Kita Dengan Kekayaan Rambling
 Entri ni pendapat saya, tak ada kena mengena dengan hamba2 Allah yang lain..

 [gambar ikhsan google]
Allah menguji hambaNya dengan macam2 bentuk dugaan. Ada dalam bentuk kebahagiaan, ada juga dalam bentuk kesedihan. Allah juga uji hambaNya dengan kekayaan. Maksud saya ialah kekayaan wang ringgit. Bukan untuk dibangga2kan, bukan juga untuk dijadikan bekalan di sana nanti. Esok2 bila Allah dah jemput kita pulang, semua kekayaan kita tinggalkan. Kekayaan pun takkan mendoakan kita nanti. Jadi bersederhana itu lebih manis.
Allah bagi kekayaan sebab Dia nak uji kita sama ada kita ni lupa diri atau pun tak. Dia nak tengok sampai mana kita mampu bertahan dengan kekayaan kita. Dia nak uji kita, sama ada kekayaan kita tu, kita nikmati  seorang diri atau pun kita bahagi2kan kepada yang kurang berkemampuan. Apa yang paling penting bila kita dah kaya, kita ingat Dia ke tak. Mungkin masa belum jadi kaya, kita duk berdoa sepanjang hari minta jadi kaya, tapi bila dah kaya adakalanya kita lupa siapa yang bagi kekayaan tu pada kita. Na’uzubillah.

Kalau kaya harta menimbun pun belum tentu bahagia. Buat apa kaya kalau diri merana, keluarga pun tak bahagia. Baik hidup sederhana lebih dipandang mulia. Allah bagi kekayaan dalam sekelip mata, mungkin Dia juga akan tarik balik nikmat kekayaan tu dengan sekelip mata. Saat tu baru kita sedar, yang semuanya datang dariNya.

Tak perlu nak tayang duit berjuta, tak perlu nak bangga harta berkontena. Semua tu tak kekal lama. Mungkin bila saya cakap macam ni akan ada orang yang kata, ” Ye la, kau cakap macam tu sebab kau tak ada, cuba kau ada mesti kau pun bangga” Alhamdulillah setakat ni, saya hidup dengan apa yang saya ada. Saya hidup atas kemampuan sendiri walaupun serba kekurangan. Tak perlu cemburu dengan saya, sebab saya hidup sekadar yang termampu. Kalau ada lebih alhamdulillah, kalau tak ada saya diam. Pada saya, tak perlu dicanang semuanya. Semua tu akan menambahkan riak dalam diri.

Saya tak menuding jari pada sesiapa, saya ulangi tak ada sesiapa yang terlibat dalam entri ini. Memang dah lama saya nak berkongsi pendapat saya tentang tajuk ni. Saya cuma mengingatkan diri saya sendiri yang belum pernah berada dalam kategori “Wanita Terkaya Dunia”. Harap2 kalau Allah beri kita kekayaan wang ringgit satu hari nanti, kita tak lupa diri ye kawan2. Kalau kita rasa kita susah sekarang, ingatlah ada lagi yang lebih susah dari kita. Jadi bila dah kaya nanti ingatlah orang di bawah kerana hidup kita ni ibarat roda, tak selamanya kita di bawah dan tak selamanya kita di atas. Apa yang penting ingat siapakah “Pemberi Kekayaan” kita tu.

Selamat Pagi Ahad kawan2 🙂

©Hernee Nazir – Good luck untuk En. Kuih Lonjong yang nak berbowling pagi ni.. chaiyok2 dari pom2 girl :p

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!