• Uncategorized

    Saya Memang Tak Pernah Tengok ADAMAYA. Kesian..

    Saat kawan2 duk bercerita tentang slot Akasia Adamaya kat TV3, saya hanya mampu dengar sambil ternganga je. Tak tahu hujung pangkal cerita ni. Senang cerita memang tak pernah tengok langsung. Tak ada kesempatan nak tengok, lately balik kerja lambat, selalunya balik saing En. Nazir pukul 8 kalau dia kerja shift pagi. Mana la sempat nak tengok tv. Nak tengok online tu masalah malas pulak yang datang. Semua orang kata best cerita ni, tu yang rasa teruja dengar tu. Satu masalah saya ni, kalau saya tak tengok dari awal, saya agak tak suka nak tengok terus. Sekarang ni dah episod berapa ek? Ada kesempatan lagi ke saya nak layan cerita ni…

  • Memories,  UiTM Melaka

    Cuba Teka Yang Mana Saya???

    Hahahaha.. soalan macam la susah sangat nak cari yang mana saya. Senang je nak cari sebenarnya, yang paling comot tu la saya. Masa ni berat dalam lingkungan 43-45 kg ala2 model Slim World tak jadi hahaha~ Nak cecah 46 kg tu pun susah gila. Apa motif cerita berat pulak ni??? hehehe~ Gambar ni saya jumpa kat fb ex-classmate masa Diploma dulu. Masa ni lawatan ke Majlis Perbandaran Alor Gajah bersama Puan Norzaini, lecturer Local Government. Tiba2 rasa rindu dengan kawan2 semua.  Korang jomlah buat reunion kat Melaka ke kat mana2 ke.. ©Hernee Nazir – Jom reunion sambil makan ayam hitam pakcik cafe yang sedap nyum2.. [auto publish]

  • Frenz,  Rambling

    Dengki Tayang Kasut Orang, Tak Sedar Kasut Sendiri Kena Dengki ;p

    Tengahari tadi time rehat pakai selipar jadi tak perasan ada chipmunk mendengki. Tup2 tengok kasut saya dah ada kat atas nun. Chipmunk betul. Dah le kasut ni dah uzur (sambil kenyit2 mata kat En. Nazir) , lagi mau dengki tapi tak seuzur kasut kat bawah tu.. hehehe~ Apa kes hari ni update cerita pasal kasut je ni haish~ ©Hernee Nazir – Misi mencari kasut baru akan bermula. Kasut lain ada tapi kasut yang dah uzur tu juga yang sedap dipakai 🙂 [auto publish]

  • Frenz,  Rambling,  Work

    Aku Sepasang Kasut ;p

    Siapalah tuan punya kasut ni kan. Ganas betul, baru pakai kasut ni dua hari dah jadi macam ni. Lepas ni kena beli kasut besi la kot hahaha~ Sori kepada tuan punya kasut yang bernama Ita (bukan nama sebenar ;p) kerana telah menayang kasut yang malang ni kat dalam blog. Kalau macam ni confirm kasut ni buat karangan “Aku Sepasang Kasut” lepas ni. Apa yang saya merepek ni entah la hehehe~ ©Hernee Nazir – Entri yang tak berilmiah 🙂

  • Song of The Day

    Saya Bukan Saya :p

     [pic cerdit to pakcik google] Lirik Lagu Ku Bukan Aku – Tilu Lama sungguh hari berlalu Hening malam menyiksakuBila bersendirian sepi jadi pilu Kau pergi aku yang hilang Sedikit pun hidup tak senangLangit cerah ku renung mendung kelabu (korus) Kerana diriku bukan akuTiap kali kau menjauhFikiran tak keruanJiwa rasa kekosonganDiriku bukan akuTiap kali kau menjauhPulangkan dia ke pangkuanku Yang digemar menjadi bosan Sukarnya cari ketenteramanBila hati bersedih semuanya tak betul Ku cuba setabah hati melupakan Dirimu dari ingatanTapi semakin dicuba semakin rindu ©Hernee Nazir – Tetiba tersyok pulak dengar lagu ni.. padahal tak kenal pun siapa nyanyi. Bila Ayu buat ring tone and caller ring tone lagu ni kakak dia…

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: