Selamat Hari Lahir Untuk Emak Tersayang

Posted on
.. semoga satu hari nanti mak akan tersenyum ceria begini..

Saat jari jemari menaip.. hati jadi sayu.. saya tak suka perasaan ni.. saya tak nak bertemankan kesedihan lagi.. kami anak2 perlu jadi kuat sekuat mak yang saya kenali dulu untuk pastikan mak terus kuat melawan penyakit.. kami rindukan senyuman mak yang dulu..

Entri mengusik jiwa ini ditujukan untuk mak tersayang sempena Hari Lahirnya yang ke 58 tahun hari ini.. walaupun saya tahu mak saya tak mungkin akan membaca luahan hati saya ini..

Selamat Hari Lahir yang ke 58 khas buat

Bonda Kasmah Daud tersayang..

Ya Allah Yang Maha Agung.. Aku mohon padamu tuhanku.. Ya Ghaffar.. Kau ampunkanlah segala dosa2 ibuku.. Ya Rahman Ya Rahim.. Kau kasihanilah ibuku sepertimana dia mengasihiku.. Ya Razzak.. Kau limpahkanlah rezeki yang halal kepada ibuku.. Ya Muqiit.. Kau berikanlah kekuatan kepada ibuku untuk menghadapi dugaan mu.. Ya Walyy.. Kau lindungilah ibuku dari sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.. Ya Qadir.. Hanya Kau yang menentukan segalanya.. Ya Saami’.. Dengarkanlah rintihan hatiku ini.. Ya Mujiib.. Kau makbulkanlah doaku ini.. Hanya Kau yang memiliki segala kebesaran.. Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

Bersabarlah wahai bonda.. sesungguhnya Allah sedang menguji kita.. menguji bonda dengan kesakitan dan kesabaran.. menguji suami dan anak2 dengan erti sebuah pengorbanan.. redha itu lebih mulia.. Allah memilih kita untuk diuji bererti Dia masih menyanyangi kita.. kita insan terpilih wahai bonda tercinta.. jangan kau mengeluh wahai bondaku.. sesungguhnya kesakitanmu itu, menghapuskan dosa2 kecilmu..

Wahai bondaku.. sesungguhnya diri ini sangat kagum dengan pengorbananmu.. tak pernah seumur hidupku bertemu dengan wanita sekuat bonda.. sungguh.. walau bermacam rintangan dan dugaan mahu pun cemuhan yang bonda terima namun kekuatan hatimu menepis segalanya.. anakanda tak mungkin jadi sekuat bonda..

Wahai bondaku.. anakanda tak pernah putus mendoakan kesihatanmu.. anakanda rindu pada tawa ria bonda.. rindu air tangan bonda.. sungguh.. rindu saat keceriaan bonda walau dalam hati anakanda tahu isi hati bonda..

Wahai bondaku.. terima kasih kerana telah melahirkan anakanda.. dirimu tiada galang gantinya.. bondalah penguat semangat anakanda untuk berjaya.. kalau tak kerana bonda, mungkin pelajaran anakanda terabai.. sungguh..

Wahai bondaku.. pedulikan segala kata2 nista.. orang yang tak menghadapi mungkin tak pernah merasa apa yang kita lalui dan alami.. anakanda tahu berat mata memandang, berat lagi bahu bonda yang memikul..

Wahai bondaku.. anakanda harap masih punya kesempatan untuk membahagiakan dirimu.. jasamu tak terbalas.. sungguh.. anakanda akan berusaha untuk memberi yang termampu.. semoga Allah memberkatimu wahai bondaku..

Wahai bondaku.. anakanda tak kuat untuk meneruskan luahan hati ini.. saat mula menaip hingga kini, air mata tak putus2 menemani.. anakanda redha dengan segala ketentuanNya harap bonda juga begitu.. semoga keluarga kita sentiasa diberkati.. semoga kita sentiasa bersatu biar apa yang terjadi.. pedulikan mereka yang mencaci.. mereka tak rasa dan mereka juga memang takkan mengerti! sesungguhnya Allah itu sentiasa mengetahui apa yang kita lalui dan harungi.. Dia bukan sengaja menguji.. Dia menguji untuk membuatkan kita menginsafi diri dan mengingati Illahi Ya Rabbi..

Wahai ayahku, suamiku dan adik2ku.. sama2lah kita doakan kesejahteraan bonda tersayang.. sama2lah kita membahagiakan dirinya.. sebelum Yang Maha Kuasa menjemputnya..

We luv u mom!

post signature

Share this nice post:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>