Wardina – Tok Guru

Info Sharing Products Review

saya baru nak mencuba “Wardina” ni keluaran Saffron Integrated Marketing. beli di Kip Mart. Makcu yang syorkan, jadi saya pun nak la mencuba. mana tahu boleh membantu masalah saya ni. Wardina ni lebih kurang air Musoffa, tapi air Musoffa kita boleh terus minum, tapi Wardina hanya titikkan dalam air masak. harap2 dengan izin Allah mujarablah. saya hanya mampu berusaha, semuanya Allah punya kuasa.

maklumat lanjut seperti di bawah.

>>>Info Tok Guru

Dibuat khas untuk mengatasi masalah golongan wanita berdasarkan kaedah perubatan Islam. Kaedah Rawatan Menggunakan Tulisan Ayat Al-Quran

Wardina sebagai ikhtiar untuk kegunaan wanita dengan TULISAN ayat-ayat Al-Quran yang bersesuaian untuk kaum hawa sebagai rawatan. Sesuai diminum untuk rawatan dalaman atau sebagai ‘toner’ untuk kejelitaan. Aroma air mawarnya menambahkan lagi keharuman dan ‘seri’ wanita.

Za’faran pula baik untuk rawatan kulit. Khas untuk wanita bermula dari usia Aqil Baligh.

Boleh digunakan sebagai ikhtiar mendapatkan anak, menjaga janin, mudah bersalin (selusuh) dan mendapat anak yang sihat. Juga membantu untuk memiliki badan yang sihat dan memberi ketenangan fikiran (hati dan perasaan)

Sesuai digunakan untuk kegunaan seluruh tubuh, sistem peranakan wanita, perhiasan wanita, untuk wajah, kulit wanita, perut.

Khasiat dan Faedah

  • Melindungi dan menyembuh dari perbuatan sihir, saka, santau atau membuang susuk atau penawar histeria (kena rasuk)
  • Menyuburkan dan mengaktifkan hormon wanita
  • Melindungi sistem peranakan wanita, sebagai selusuh mudah bersalin.
  • Melegakan sakit perut
  • Menghaluskan kulit wanita
  • Mencantikkan bentuk bahagian perhiasan wanita luaran dan dalaman terutama hati dan perasaan
  • Menyempurnakan naluri dan keperibadian wanita
  • Membantu wanita / gadis remaja lebih berkeyakinan
  • Melindungi kaum wanita dari penyakit-penyakit zuriat
  • Menjadikan wanita meninggalkan perbuatan maksiat.

Cara Guna Wardina

Baca Al-Fatihah, berselawat dan niat mengikut hajat
Minum berterusan.
Boleh campur ke dalam sebarang masakan dan boleh disapu pada muka dan kepala.
7 hingga 21 titik ke dalam air minuman atau sebarang masakan.

Harga 60ml

RM15.00 (Sem. M’sia)
RM18.00 (Sabah/ S’wak)

post signature

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!