herneenazir[dot]com
Semalam awal2 dah inform En. Nazir suruh beli lauk pauk untuk masak petang coz stok dalam peti sejuk dah habis. Dia beli ayam. Puas juga fikir nak masak apa dalam waktu yang singkat tu. Semalam keluar office lambat sikit. Terus je terfikir Ayam Masak Kicap. En. Nazir kata kicap dah habis. Kena singgah kedailah pulak. Pembaziran masa betul.
Nasib baik sampai rumah En. Nazir dah siap masakkan nasi and basuhkan ayam jimat masa sikit. Saya tinggal goreng ayam dan prepare rencah2nya saja.

Ni edisi Ayam Masak Kicap Hernee Nazir’s Malas Style ;p

Bahan2:

Ayam (sebelah saja)
Bawang holand (potong bulat)
Bawang putih (potong mayang)
Halia (suku jek potong mayang)
Cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai)
Brokoli (ikut suka gak.. brokoli balance)
Kicap manis (ikut suka nak banyak mana)
Sos tiram (2 sudu)
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara2nya:

Goreng ayam terlebih dahulu ye.. Kemudian tumis bawang2, halia dan cili padi tadi. hingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram dan garam. Gaulkan ayam goreng tadi dengan kuah kicap yang telah siap ditumis. Jangan lupa campak sekali brokoli balance dalam peti sejuk tu. Kiranya 2 in 1 la ni. Dalam ayam ada sayur. Jadi tak payah masak sayur lagi. Cukup pemalas resepi hari ni ye puan2.

Dan inilah hasilnya..

Walaupun main campak2 tapi masih dalam kategori sedap banget hehehehe~ Perut dah lapar apa pun sodap.

Selamat mencuba ;)

post signature

Share this nice post:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: