Dush² En. Nazir

Semalam En. Nazir hantar saya ke ofis..
kereta saya ayah yang pinjam..
dia bawa balik ke Melaka..kereta dia rosak..
saya pesan suruh ambil tepat jam 5.30pm..
tunggu punya tunggu En. Nazir tak kunjung tiba..

saya cuba call..tak dapat..
saya cuba sms..tak berbalas..
saya masih menunggu macam tengah tunggu bas lalu lalang..
kalau 10 minit masih ok lagi..
ni 45 minit saya tunggu.. hangin satu badan..
rasanya muka saya dah jadi hijau..
rasa macam nak jadi Raksasa Gorgon je petang semalam..
hehehehe~

saya call Ana..tanya kalau² En. Nazir ada di rumah..
Ana kata dari pagi dia keluar tak balik²..
saya memang tahu ke mana arah tuju dia pagi tadi..
Ana cuba call pun tak dapat..
tiba² sepupu saya call..agak pelik juga..

Ider kata “Kak Long kat mana?”

belum sempat saya jawab ada satu suara bertanya lagi..

“Sayang..kat mana tu?”

saya terdiam..tak tahu nak kata apa..sebab muka dah hijau.. ;-p
boleh pula dia bagi soalan cepu emas macam tu ek..
dah sah² saya tengah tunggu dia datang ambil..
sabar je lah dengan En. Nazir ni..

saya jawab..

“Dah nak bertanduk ni ha menunggu..cepat sikit”

nasib baik tak keluar betul²..
terkejut pula nanti..muka hijau bertanduk..hehe~
rasa nak cekik² je dia semalam..hehehe~
dah le saya punya kepala tak ok lagi..
bila tunduk rasa melayang²..
plan nak ke klinik..tapi tak pergi² lagi..
10 minit juga saya tunggu lepas dia call tu..

rupanya dia tertidur di rumah baru..
sambil menunggu perabot sampai..
handphone dia pulak bateri dah habis terus..
jadi dia terlajak tidur tanpa dikejutkan oleh En. Alarm..
mula² ingat nak buat muka muncung sampai balik rumah..
tapi tak mampu bila tengok muka minta simpati En. Nazir.. ;-p
tapi tetap rasa nak dush² En. Nazir..hehehe~

post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
Posts created 4646

5 thoughts on “Dush² En. Nazir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!