Borong Kerepek Salleh Foods

Anything About Me Balik Kampung Hubby

Semalam before bertolak dari B.Pahat ke Gelang Patah..
kami sempat singgah ke Salleh Foods Industries Sdn Bhd..
haaa..bagi nama penuh lagi.. ;-p
semenjak dah kawin dgn En. Nazir ni..
tiap kali balik kampung mesti singgah sini..
tujuan utama..memborong kerepek..
dan selebihnya mencuci mata..hehe~



rambang mata bila saya tengok kerepek beratur di rak² yg ada..
rasa macam nak beli semua..agak melampau pulak kalau borong semua..
favourite kerepek saya ialah.. kerepek ubi kari..
memang sedap.. kerepek ubi pedas basah pun sedap..
saya juga akan beli cakar ayam..tak pernah ketinggalan..
kali ni Mak Anjang saya kirim kerepek ubi pedas basah..

Sebenarnya En. Nazir pernah bekerja di sini..
Lepas SPM..masa muda² dulu..hikss..
Jadi dia lah yang perkenalkan saya dgn kerepek Hj. Salleh ni..
lagi pun dia pengedar kerepek ni di PTP..hehe~
time² raya dia la peniaga kerepek tegar kat PTP..
masa bercintan cintun dia sempat promote kerepek pada saya..
siap bagi free lagi tau.. nak bodek bakal mak mertua..hahaha~
siapa² nak beli kerepek time² raya boleh tempah dgn En. Nazir..
sempat promote bisnes hubby..hehehe~
bisnes kecil²an..mana tahu satu hari nanti wujud..
Hernee Nazir Foods Industries Sdn Bhd..
planning untuk masa akan datang..hehehe~

ini saja yang saya borong semalam..
1 bungkus kerepek ubi kari..3 bungkus kerepek ubi pedas..
1 bungkus cakar ayam dan 1 bungkus kerepek apa entah..



Alamat kilang Hj. Salleh ni..

Salleh Foods Industries Sdn Bhd
Parit Kemang, Senggarang,
83200 Batu Pahat, Johor.

saya cuma promote saja..tiada bayaran komisyen..hehehe~


Ini dia gambar curi masa Hj. Salleh tgh khusyuk mengira..
Dia lah Taukey kilang kerepek ni..
menurut cerita En. Nazir perniagaan dia bermula dari bawah..
dan sekarang bertambah maju..mungkin berkat dari usaha dia..
Sinar.fm ada keluarkan iklan Salleh Foods ni..

Lagi satu kilang.. Azhar Foods di Rengit.. saya jarang ke sana..
lebih suka kerepek di sini.. sesuai dgn tekak saya..hehe~
Lepas siap² borong kerepek.. kami tak terus balik..
En. Nazir rancang nak ke Pantai Rekreasi Punggur..
Nak bercanda berdua2an..hehehe~

gambar tuan punya blog..musti ada..hehehe~
hidung maintain kembang ye..semulajadi..pemberian Allah.. ;-p

Related Posts

2 thoughts on “Borong Kerepek Salleh Foods

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera….
    Perkenalkan diri saya, Farah dari Jehan Kerepek. Jehan Kerepek adalah satu kilang di Banting yang mengeluarkan dan menjual produknya secara borong kepada pemborong pemborong seluruh Malaysia. Kami menawarkan harga yang amat berpatutan kepada pemborong pemborong diluar sana. Kilang ini menawarkan pelbagai jenis kerepek untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Kami amat menjaga kualiti kerepek kami dari segi semua aspek.
    Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 03-31802834 (Encik Zaihan @ Cik Farah) atau ws 014-2371942 (Cik Farah) pada waktu pejabat.
    Makluman tambahan. Pihak kami memohon maaf, kerana pihak kami belum lagi berurusniaga secara retail…ataupun belian kecil..semuanya dgn urusan borong ataupun bundle pack besar…mohon maaf sekali lagi…
    Kepada usahawan dan juga peniaga2 boleh berurusan dgn pihak kami melalui talian 0331802834 @ 0142371942 seperti yang tertera..waktu pejabat… Sekian harap maklum 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!