Mee Hoon Bakso

Anything About Me Recipes

Semua n3 yg bakal muncul kebanyaknnya n3 yg tertangguh..
kiranya cerita2 basi minggu lepas..hehehe~
mintak ampun bukan salah saya..
sila salahkan pc sebu n cbb saya ok..

Last week buat Mee Hoon Bakso..
dah lama plan tapi tak last week baru jadi kenyataan..
Resepinya saya dapat disini..

Inilah rupanya..
Rasanya..boleh tahan la..
sendiri buat sendiri yang puji..ngeh2..
Siapa2 yang suka boleh la try..

Kalau malas nak masak sendiri..
boleh try kat Food Court Larkin Sentral..
best sgt rasa dia..
tapi paling best n sedap gile kat..
Kebayan, Plaza Kotaraya..
ni yang paling best kat Johor yg saya jumpa..
cuba lah..best sgt2..
confirm tak rugi duit uols..hehehe~

Kat bawah ni resepinya..

Bahan A:

1 paket bihun, celur dalam air mendidih, ketepikan.
Bebola daging boleh dibeli di pasaraya.

Atau untuk membuatnya:

1/2 kg daging cincang
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh lada sulah
Sedikit garam.

Gunakan pengisar yg tidak menggunakan air, kisar bahan-bahan ini, bulat-bulatkan dan ketepikan.
Bahan B:

10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 biji buah pala
1/2 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
5 sudu makan minyak
1 kiub daging/ayam jika suka
4 liter air

Bahan sambal

50 sen cili padi
2 ulas bawang putih, kukus dan haluskan

Bahan hiasan

1/2 kg sawi hijau, potong
30 sen daun bawang & daun sup, hiris
Bawang goreng
Sos tomato dan kicap manis
Notes: Saya tak letak sawi pun..saya letak kobis n taugeh..pun sedap.. plus Meat Ball yg banyak..sedapnya..
Cara

Kisar bawang merah, bawang putih dan buah pala. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan air. Setelah mendidih masukkan garam dan lada sulah, baru masukkan bebola daging, apabila daging timbul, angkat dan ketepikan. Celur pula daun sawi dalam sup, angkat dan ketepikan.

Untuk menghidang, bubuh bihun dalam mangkuk bersama bebola daging dan sawi. Tuang supnya, tuang sedikit tomato sos dan kicap manis, daun sup dan daun bawang, bawang goreng, sambal cili padi dan hidangkan.

Related Posts

2 thoughts on “Mee Hoon Bakso

  1. Mummy Dasy>> hehehe..saje nk bg ko terliur..hehe..prasan je..cam sedap..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!